Sunday, February 8, 2009

soklan nasionalisme

1 (a) Jelaskan kelebihan Asia Tenggara yang mendorong kepada kedatangan imperialis barat.
(5 markah)

Soalan 1(a)
1. strategik - Kedudukan Asia Tenggara amat strategik kerana terletak di antara laluan China dan
India.
2. pasaran - Imperialisme Asia Tenggara akan menjamin pasaran yang luas kerana penduduk Asia
Tenggara amat ramai.
3. subur - Tanah di Asia Tenggara amat subur.
4. mentah - Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah/bijih timah/kayu jati/tebu/kelapa.
4 isi x 2 markah = 5 markah maksima
(b) Nyatakan peristiwa penting dan penemuan baru di luar Asia Tenggara yang menjadi faktor perkembangan imperialisme barat di Asia Tenggara.
(15 markah)
Soalan 1(b)
1. Industri - Revolusi Industri/mengetin di Eropah telah mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan
secara besar-besaran.
2. Wap - Kapal berkuasa wap mampu membawa muatan lebih banyak dan mempercepatkan
perjalanan Barat dengan Timur.
3. Suez - Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan di antara Barat dan Timur.
4. Telegraf - Penciptaan telegraf membolehkan penjajah memberikan arahan kepada pegawai mereka
di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.
5. Saing - Kuasa Barat bersaing sesama mereka untuk menjajah.
6. Beban - Slogan beban orang putih digunakan oleh British dan Belanda untuk menjajah.
7. Tamadun - Perancis pula berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun.
8. Kristian - Mubaligh Kristian pula bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian.
9. Sains - Barat juga lebih maju dalam bidang sains dan teknologi.
9 isi x 2 markah = 15 markah maksima

No comments:

Post a Comment