Thursday, February 12, 2009

ujian bulanan kali pertama

ujian sejarah tingkatan empat - 24/2/2009 pukul 12.00-1.00
ujian bahasa melayu tingkatan 3 - 24/2/2009 pukul 8.10-9.10
ujian sejarah tingkatan lima - 24/2/2009 kul 12.00-1.00

Sunday, February 8, 2009

ilmu milik semua

terima kasih kepada pelajar yang singgah blog ni
kalian boleh ambil nota n soklan kat sini untuk latihan tambahan
terima kasih kepada penggubal modul soalan johor...
tetamu blog ini yang mempunyai nota atau latihan yang lebih lengkap, harap dapat berkongsi dengan saya....sesungguhnya ilmu adalah milik YANG MAHA ESA.....jgn kedekuttttt

soklan nasionalisme

1 (a) Jelaskan kelebihan Asia Tenggara yang mendorong kepada kedatangan imperialis barat.
(5 markah)

Soalan 1(a)
1. strategik - Kedudukan Asia Tenggara amat strategik kerana terletak di antara laluan China dan
India.
2. pasaran - Imperialisme Asia Tenggara akan menjamin pasaran yang luas kerana penduduk Asia
Tenggara amat ramai.
3. subur - Tanah di Asia Tenggara amat subur.
4. mentah - Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah/bijih timah/kayu jati/tebu/kelapa.
4 isi x 2 markah = 5 markah maksima
(b) Nyatakan peristiwa penting dan penemuan baru di luar Asia Tenggara yang menjadi faktor perkembangan imperialisme barat di Asia Tenggara.
(15 markah)
Soalan 1(b)
1. Industri - Revolusi Industri/mengetin di Eropah telah mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan
secara besar-besaran.
2. Wap - Kapal berkuasa wap mampu membawa muatan lebih banyak dan mempercepatkan
perjalanan Barat dengan Timur.
3. Suez - Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan di antara Barat dan Timur.
4. Telegraf - Penciptaan telegraf membolehkan penjajah memberikan arahan kepada pegawai mereka
di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.
5. Saing - Kuasa Barat bersaing sesama mereka untuk menjajah.
6. Beban - Slogan beban orang putih digunakan oleh British dan Belanda untuk menjajah.
7. Tamadun - Perancis pula berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun.
8. Kristian - Mubaligh Kristian pula bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian.
9. Sains - Barat juga lebih maju dalam bidang sains dan teknologi.
9 isi x 2 markah = 15 markah maksima

sejarah bab 1 f5

SOALAN : HURAIKAN CIRI-CIRI NASIONALISME TAHAP KEDUA DI ASIA TENGGARA. ( hal. )

MORP
M= Merdeka O= Organisasi R= Radikal P= Pimpin


1. Tujuan perjuangan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara adalah untuk
mencapai kemerdekaan.
2. Gerakan itu lebih berorganisasi berbanding sebelumnya.
3. Gerakan ini juga lebih berbentuk radikal.
4. Gerakan nasionalisme ini dipimpin oleh golongan berpendidikan barat.